Arisa Funabashi

Arisa Funabashi

~~~~~~~~~~~~~~~

♪ Please be My Friends

Tuesday, June 19, 2012

BeRitaHu pAdanYa..~

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;

disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
 
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ
,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itujaga pakaian;ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu 

simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...






No comments:

Post a Comment