Arisa Funabashi

Arisa Funabashi

~~~~~~~~~~~~~~~

♪ Please be My Friends

Monday, February 25, 2013

Indahnya Berpurdah ^^

Assalamualaikum.. =)

25/02/2013 tak tahu nak post pasal ape..tp xpe la..bila difikirkan balik..its the best title ever..! 

>.<

INDAHNYA BERPURDAH =)

Nak pakai niqab..?hmm..senang..tapi..nak jadi orang yang berniqab tu susah..tp xpe..sekurang-kurangnya kita cuba..kan..? nak pakai bukan main pakai..byk bnda jugak kene siapkan dlu..yang penting kita TABAH.. ^^ 

#Etika purdah 1 :

Wahai adik-adik,wahai teman-teman yang sy sayang..

Jika kita pakai purdah tapi tudung tidak lepas bahu,siap ada bonggol,baju menonjol sangat dengan warna-warni,nampak bentuk badan,so..apa point kita sebenarnya berpurdah? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah dekat orang awam?

Fahamilah konsep menutup aurat DENGAN SEMPURNA..

Berpurdah itu SUNNAH..
Dia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna..

Jika tutup aurat dengan sempurna pun tidak lepas,macam mana nak selamat dengan purdah? Lainlah jika dah tutup aurat dengan sempurna..tapi rasa lebih selamat dengan berpurdah..itu barulah betul..♥



#Etika purdah 2 :
(NIAT BERPURDAH)

Sebab apa nak berpurdah? Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?

Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri.. jika niat kita lurus, syukur.. jika niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia..percayalah.

And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tidak perlu diperbaharui dari semasa ke semasa? Jika boleh, tiap kali nak ikat purdah dekat muka, cakap dengan diri sendiri..ini semua untuk teruskan sunnah..semua ini demi menuntut keredhaan Allah. ♥


#Etika purdah 3 :
(BERGAMBAR)

1. Digalakkan bergambar ramai-ramai..kita tidak akan fokus dekat seorang pemakai purdah sahaja..dan jika boleh, jangan difokus dekat muka juga bila bergambar, jadi melindungi daripada jadi perhatian.

2. Jika nak bergambar seorang boleh, tapi biarlah tidak fokus dekat muka, setegasnya tidak bertabaruj(hias lebih-lebih)..

3. Tidak perlulah buat posing comel, posing yang (orang awam taknak tengok orang berpurdah buat). Fahamkan? sebab niat utama berpurdah ini untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin 'suka' dipandang..


dah faham bukan..?? hmm.. =) pape pun keputusan kita..ISTIQAMAH itu penting..




No comments:

Post a Comment