Arisa Funabashi

Arisa Funabashi

~~~~~~~~~~~~~~~

♪ Please be My Friends

Monday, April 30, 2012

.: Andai Rasulullah Melihat Aku BerFB :.

In the name of Allah..
Salam’alaik.
Just nak share sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook. Apa yang korang nampak bila dengar tajuk tu? 

As we know, setiap sesuatu ada ‘pros and cons‘nya kan? Apa benefit facebook and apa pulak disadvantagenya?
Usrah-mates cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kita friend dengan bermacam  umur manusia, so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat information la sikit pasal U.” Ye dak? Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting‘ dengan seorang kristian.

Muslimah vs Facebook
Nampak tak sebenarnya apa yang saya try nak sampaikan melalui tajuk tu?
What’s with that face?? Tak faham la tu.
Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan.. seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak camne? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Highlight sini; BILA KITA BERFACEBOOK. Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan FB kita. Gi check nuh! Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat fesbuk? Kalau dah tutup aurat pun, still berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu.. acu check.
Dah check? Ok sambung.
Kalau Nabi s.a.w tengok bagaimana kita berfesbuk ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfesbuk tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang kat fesbuk ni. Ada yang buat fesbuk macam diari.
“fesbuk aku, suka hati aku la nak post apa pun!”
Ok fine. Kami cuma nak tolong.
Btw, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of FB. The bad side of FB? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaimana syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham tak ni?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana tak tau la.
“Kita tak pernah jumpa pun ngan boyfie kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling cinta kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwah fillah? Ha, ye la tu. Takdenya dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Apakah?

Contoh dalam fesbuk. Kita post status Islamik, then ada la rijal mari bertandang,
“Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni.”
“Eh, takdela. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?
Wahai saudara seangkatan segenderku! Sape yang buka ruang sebenarnya ni? Then kalau ikhwah tu tetiba jadi a little bit ‘gatal’, mula la nak cakap, “Eh, dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni sape, dia tu sape?”
 Pulak.. Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Hey, jangan salah faham. Bukan nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada certain benda tu salah kita sebenarnya. Saya cakap melalui pengalaman. Well, sememangnya pengalaman tu the best teacher kan? Saya bukan cakap ikut rasa. Ikut pandai. Tapi sebab I’ve gone through all those things. And saya sedar most of them tu, memang salah saya. Salah saya TERLALU BERANI. Sebab saya TERLALU MESRA. Kan? Watch out dear, banyak mata-mata memandang tindak-tanduk kita. Dan kita tak pernah terlepas dari pandangan Allah.
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tuh bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat fesbuk. Ye dak? Banyak page-page cinta islamik.
Buka je fesbuk. Dekat home tu boleh dikatakan half or lebih yang post pasal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
“Aku menunggumu kerana Allah.”

Apakah? *sekali lagi*

Remaja.. jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islami, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Bagusla cinta berlandaskan iman kan. Tapi takkan tu je yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni.. Subhanallah.. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spisis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di’like‘. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pulak dia nak like. Status yang different gender tu jugak dia nak like. Apa tuh orang kata.. macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun takpe la. Magnet dok reti halal haram. Ikut suke dia la. Tapi yang hang tu. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak payah la nak upload gambar yang jelas terang tang-tang sampai nampak segala jerawat. Oppss.. terlebih. Muslimah, even awak tutup aurat dah perfect pun, jangan jadikan mende tu as a lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir, nampak pasal kita tau. Kasi tebal sikit malu tu eyh? Kau pun  sama la. OK. (tundukmaluterusberlalu)
And untuk kamu yang berniqob. Tau la nampak mata je kan. Tapi saya tengok awak tu pun saya dah boleh bajet yang awak tu cun-melecun. So, please? Letak gambar lain eyh? Jangan nanti terpesong niat pulak. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. So, rasanya tak perlu kot letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan bengang, saya pun niqobi jugak.)
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfesbuk.. apakah reaksinya..
Kecewakah dia denganku? Allah.. peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don’t judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :’)

Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA’!


notakaki : share from Muharikah.com ~ harap bermnfaat..

No comments:

Post a Comment