بسم الله الرحمن الرحيم
Ada dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.
Pada suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang daripada doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati masing-masing. Maka si A dan si B berdoa siang dan malam untuk memastikan doa mereka dimakbulkan..
Selepas itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang menghampiri pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu, si A pun di selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga kerana doanya dimakbulkan dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam berdoa berbaanding si B yang tidak dimakbulkan doanya itu. Si A berasa sangat bangga dan merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tuhan.
Doa si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke rumah. Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya berkisar tentang diri sendiri)
Doa si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..
Hakikatnya, bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh Tuhan..kerana hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan berdoa untuk orang lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya hebat dan disayangi oleh Tuhan..
Notakaki : Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin berkat doa ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang lain. Mungkin juga bukan doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin juga doa mereka semua yang diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan lupa daratan. Barangkali, mungkin seumur hidup ini..semua kejayaan datangnya berkat daripada doa orang lain. Mungkin!!
والسلام
No comments:
Post a Comment