Ku buka jendela kamar..Ku tatap indah malam..Hening..Sehening hati ini yang diamuk rindu..Mahu rasanya ku berlari..Bertemu sang kekasih hati...
Kata bintang,bersabarlah..Satu hari nanti, pasti ada pertemuan indah..Pada dua jiwa yang berkasihan atas nama Tuhan-nya.
Alam berbicara..Seolah memahami rasa hati ini..Kubiar sepi menemani aku. Sebagai jawapan pada sang alam..Bahawa aku, ratu yang kerinduan..
Pada malam,bintang dan alam,terima kasih kerana menemani gelap malamku. Sekurang-kurangnya aku tahu, aku tak sendirian di sini. Masih ada kamu dan kamu,sebagai pengubat rasa rinduku..
Pada dia, ketahuilah rasa ini tak pernah padam dari hatiku..Takkan sekali-kali. Kerana dikau yang ku cinta demi Tuhan-ku..:)
No comments:
Post a Comment