Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu,Kelantan,seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga untuk tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa,"Pok cik ni sakit gapo?"
"kecing manih..Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri.Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"tu bakpo pulok?"
"kecemase"
"ooh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
Daging Yang Boleh Terbang dan Berenang Sahaja
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada.Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras.Selain itu harus berhenti makan daging kambing,daging kesukaan Salim.
Setelah tiga hari berlalu sang doktor menelefon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.Tiga bulan kemudian doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk meluhat perkembangannya.Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.Mendengar itu,doktor merasa tenang kerana meyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya,malah mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya.Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada.Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!
No comments:
Post a Comment